TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Tuesday, 29 November 2011

Bersantai bersama ahli K1M Batu 23 Sungai Nibong

Pada 26 November 2011 ahli-ahli K1M batu 23 Sungai Nibong telah mengadakan acara Bersantai sambil menikmati jamuan makan-makan bersama pemimpin daerah.  Lebih kurang 70 orang hadir dalam perhimpunan tersebut yang berlangsung singkat sekitar 2 setengah jam.

Peserta yang hadir berasa seronok kerana dalam majlis tersebut ada cabutan bertuah yang boleh dibawa balik sebagai buah tangan. Sebanyak 40 hadiah telah disediakan oleh badan penganjur perhimpunan tersebut.




Makan-makan sambil bermesra sesama ahli K1M


Jamuan ringkas bersama pemimpin itu tamat pada jam 5.30 petang.



Menjamu selera dan bertegur sapa
 

Kursus Lanskap di Kalumpang Kuala Kubu Bharu

Pada 15 hingga 17 November 2011 seramai 5 orang ahli  K1M Batu 23 Sungai Nibong telah menjalani kursus bersama 27 orang dari daerah seluruh Selangor di sini untuk memntapkan lagi pengetahuan tentang asas lanskap dan pembiakan tanaman.  Selama 2 hari 3 malam itu kami telah diberi pendedahan tentang cara-cara bagaimana untuk membiak pokok.



Pemandangan bangunan asrama dari pintu utama
Kami telah diberi panduan oleh beberapa pegawai pertanian yang mahir dalam bidang-bidang tertentu.  Segala ilmu yang kami dapat akan kami gunakan apabila kami mula merancang untuk membuka kawasan lanskap di kampung kami.  Sambil kami mempelajari ilmu yang diberikan kepada kami,  kami juga sempat diberi peluang untuk merasa buah-buahan yang ada dalam kawasan ladang tersebut,  memang buah yang terdapat di situ cantik dan sedap untuk dimakan kerana tanaman di situ dijaga setiap masa tentang kualitinya keseluruhan pokok termasuk akar, batang, pokok, kulit pokok, ranting, bunga dan buahnya.  Terdapat jadual yang tersusun mengenai penjagaan pokok di situ bagi memudahkan kerja pegawai pertanian membuat pemantauan setiap hari.  terdapat berbagai jenis tumbuhan di sini yang semuanya dapat dijaga dengan rapi dan tersusun.


En Ibrahim menunjukkan cara membiak pokok melalui tut


Beberapa perkara yang menjadi benda baharu kepada kami adalah mengenai pengkelasan nama-nama tumbuhan mengikut nama botani atau sains. Walau bagaimanapun kami dapat menguasainya dengan mudah kerana ada bantuan seperti buku yang dipinjamkan kepada kami.









Thursday, 10 November 2011

Ibadah Korban Hari Raya Eid ul-Adha 6 Nov 2011 bersama penduduk kariah Masjid Assiraj

Bergotong royong beramai-ramai
menyembelih dan melapah lembu korban









Memotong dan menimbang daging korban






Daging Korban yang siap dibungkus
sedia untuk diagih-agihkan kepada penduduk







Friday, 21 October 2011

Hari penghakiman pertandingan K1M Negeri Selangor pada 20 Okt 2011

Pada hari Khamis bersamaan 20hb Oktober 2011 Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong telah dihakimi oleh 2 orang pegawai dari Jabatan Penerangan Negeri Selangor Darul Ehsan tepat pada jam 3.40 petang. Pegawai  tersebut ialah Encik Mohd Faizal b Azman dan Encik Mohd Rizal b Ridzuan, menurut beliau K1M yang bertanding adalah disertai oleh 9 daerah di seluruh negeri Selangor.

K1M Batu 23 Sungai Nibong adalah K1M yang pertama diadili, hadiah yang akan diberi kepada pemenang nanti adalah berupa wang dan hadiah iringan seperti sijil dan peralatan komputer.  Kami seluruh warga penduduk K1M Batu 23 Sungai Nibong berharap dan berdoa agar kampung kami terpilih menjadi johan negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan Insyaallah.

Kami rasa persiapan kami adalah yang terbaik.... ' itu pendapat kami ' semua hakim tidak mempunyai pendapat mengenai persiapan kami...kerana mereka mempunyai borang yang mengandungi  ' elemen ' pemarkahan yang berbagai untuk dinilai secara adil dan mutlak,  siapa yang terbaik dialah yang layak menjadi pemenangnya nanti.....
hai.....jangan terbawa dalam mimpi udahlah ya....segala yang kurang baik itu datangnya daripada kami dan segala yang baik itu datangnya dari ALLAH sw,   tetapi yang penting itu kami sudah ada  D.U.I.T...Doa Usaha Ikhtiar Tawakal....tidak akan menyerah sebelum masuk ke gelanggang.

Encik Mohd Faizal sedang mengisi
borang pemarkahan





Hakim pertandingan sedang mengisi
Buku Lawatan K1M Batu23 Sungai Nibong



SELAMAT DATANG......Ketibaan para hakim pertandingan dari Ibu Pejabat Penerangan
Shah Alam Negeri Selangor.  Kelihatan no. 3  dari kanan ( depan sekali ) ialah
Encik Mohd Rizal dan no. 2 dari kanan ialah Encik Mohd Faizal.



Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam
Encik Dorahman b Ratib sedang memberikan ucapan

Tuesday, 16 August 2011

Hari Pengadilan Pertandingan Kampung Indah Selangor Anjuran KEMAS pada 10 OGOS 2011 bertempat di Balai Raya Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor

Tazkirah Nuzul Al Quran 17 Ramadhan 1432 H

 
 


2 Peristiwa besar berlaku serentak dalam negara

1. Sambutan Hari Raya Idulfitr 30 OGOS 2011
2. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 31 OGOS 2011



Al Quran Kitabullah


Tema Hari Kebangsaan ke 54 ( 2011 )


Anjuran KEMAS






.....Tidakkah masih ada kaum Muslimin yang menundukkan kepala di hadapan manusia, di hadapan selain daripada Allah? Bukankah mereka lebih takut kepada kekuatan-kekuatan orang lain? Bukankah mereka masih bergantung pada pertolongan orang lain? Bukankah mereka masih menganggap oang lain sebagai pemberi rezeki mereka? Bukankah mereka masih mengetepikankan hukum Allah dan dengan senang hati mengikuti hukum buatan manusia? Bukankah mereka yang mengaku sebagai Muslimin, masih menyatakan dengan terang-terangan di hadapan pengadilan bahawa mereka tidak mengikuti syari'at Islam, melainkan hukum adat dan kebiasaan yang berlaku di dalam masyarakat? Bukankah di antara kamu masih banyak orang-orang yang tidak ragu-ragu melanggar hukum Allah semata-mata hanya untuk mengejar keuntungan dunia? Bukankah di antara kamu masih banyak yang takut pada kemarahan orang-orang kafir tetapi tidak takut pada kemurkaan Allah? Bukankah di antara kamu masih banyak yang mahu bekerja bersusah-payah demi untuk mengambil hati orang-orang kafir, tetapi enggan berbuat apa-apa untuk meraih redha Allah? Dan ternyata di antara anda kamu masih banyak yang menganggap bahawa pemerintahan kafir adalah pemerintahan yang sah dan lupa pada pemerintahan Allah?.... 


3 buah kampung terlibat dalam pertandingan tersebut;

1. Kampung Parit 7 Sungai Leman Sekinchan.
2. Kampung Sungai Limau Sabak Bernam.
3. Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan.

Saturday, 6 August 2011

Program kembara jalur gemilang menghayati bulan kemerdekaan dan ihya Ramadhan anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam dan JKKKP Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong pada 5 Ogos 2011 bertempat di Surau Nurul Ikhsan Parit 11 Sungai Nibong.

Kibaran Jalur Gemilang
lambang kegemilangan negara Malaysia

AHLI  JAWATANKUASA


Penasihat     : En. Abd Rahman b Ratib
Pengerusi    : Tn. Hj. Zainal b Asmuni
Setiausaha  : En. Mohd Mahful b Rosmin
Bendahari   : En. Amiruddin b Md. Apandi
AJK          : En. Mahbot b Rimin
                 : Pn. Tugiah bt Marjiko
                 : En. Mohd Solihin b Tarmidi
                 : En. Abd Rahman b Samsuddin
                 : En. Kudori b Md. Shariff
                 : En. Baharuddin b Kadar
                 : En. Dahli b Supian
                 : En. Mohd Sanip b Ahmad
                 : Tn. Hj. Mohd Yussof b Hj. Sirat
                 : En. Khairuddin b Talib
                 : En. Zainuddin b Samingan
                 : En. Daud b Hamid

Anjuran bersama
Pejabat Penerangan Daerah
Sabak Bernam

Komuniti 1 Malaysia
Kampung Batu 23 Sungai Nibong
mengorak langkah ke hadapan
bersatu bersama menjayakan aktiviti
kenegaraan

Friday, 5 August 2011

Kembara Jalur Gemilang Bulan Kemerdekaan dan Ihya Ramadhan 2011

Sebahagian peserta menerima
sumbangan
 

Ihya Ramadhan
1432 H
Kibaran Jalur Gemilang sempena
sambutan Hari Kemerdekaan 2011


Mudah-mudahan puasa kita diterima ALLAH














Menunaikan solat Terawih
amalan ibadah di bulan mulia

Monday, 25 July 2011

Kelas ICT Kpg Batu 23

HARI                                     MASA                                          TEMPAT


Sabtu                                      Pagi                                    Balai Raya Kpg Batu 23

                                            Petang                                  Rumah ketua kampung

                                            Malam                                 Rumah pengerusi  ICT

Ahad                                   Pagi                                      Rumah ketua kampung

                                           Petang                                  Balai Raya Kpg Batu23

                                           Malam                                  Rumah pengerusi ICT

Friday, 22 July 2011

Pertandingan masakan

Kuih karipap
Kuih seri muka
Ikan lele masak lemak
cili api
Daging ayam panggang masak kencur

Sukan dan permainan

Permainan congkak


Permainan seremban

Permainan seremban

Permainan gasing


Thursday, 21 July 2011

Acara sukan silat

Silat Melayu
Silat, silap dan silau merupakan suatu ungkapan yang acap kali dituturkan oleh golongan elit dalam seni warisan budaya Melayu ini. Pelbagai versi silat seantero Asia Tenggara khususnya yang merangkumi kepulauan Melayu pada zaman kegemilangan Melayu 500 tahun lampau mengangkat darjat manusia itu dengan kepandaian seni tari silatnya. Silat itu langkah, silap itu pelebatnya manakala silau pula buahnya atau pun pelengkapnya. Rumpun Melayu menyebarkan sayap kepahlawanan secara lebih autokratik pada 500 tahun lampau kerana kebanggaan mereka terhadap ilmu perang ini. Bahasa Melayu yang menjadi ‘lingua franca” merupakan bahasa pertuturan utama ketika itu. Perkembangan bahasa Melayu secara tidak langsung membawa kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk Melayu di Melaka ketika itu. Ini mengakibatkan penghijrahan berlaku dan seterusnya proses perkembangan ilmu perang ini berleluasa sebagai suatu bentuk seni yang melambangkan keberanian, kekuatan dan kedaulatan kepada individu khususnya dan negara umumnya.

Monday, 18 July 2011

Israk Mikraj

Islam itu tinggi
dan tiada yang lebih tinggi daripadanya

Sambutan Israk Mikraj

Pada 16 Julai 2011 penduduk kampung kariah Batu 23 telah mengadakan program ceramah Israk Mikraj oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad dari Kajang. Ceramah disampaikan setelah selesai solat Maghrib.

Lebih kurang 160 orang muslimin dan muslimat  hadir mendengar ceramah tersebut yang biasanya diadakan saban tahun mengenang kembali sejarah perjalan Rasulullah dalam peristiwa Agung Israk Mikraj. Majlis tersebut berakhir lebih kurang jam 9.15 malam dan solat Isyak seterusnya jamuan nasi ambeng.

Mesyuarat

Mengaminkan bacaan Doa
semoga mendapat keberkatan
di sepanjang menjalankan mesyuarat

Thursday, 14 July 2011

Aktiviti bersama penduduk kampung


 


  Kami penduduk Kampung Batu 23 menerima pelancong dari luar negara
sebagai satu pengisian aktiviti homestay.



Gotong royong membersihkan jalan
dan menanam pokok bunga


Program Info Bestari

Pada bulan Jun setiap tahun JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong akan mengadakan berbagai program untuk mengisi aktiviti bersama penduduk kampung,  berbagai acara diadakan seperti;
  • Pertandingan futsal
  • Pertandingan silat
  • Pertandingan masakan tradisional
  • Pertandingan gubahan bunga
  • Pertandingan memancing
  • Pertandingan kompang
  • Pertandingan mengayuh basikal
  • Pertandingan sepak takraw
  • Pertandingan badminton
  • Pertandingan sukan ragam kanak-kanak TADIKA KEMAS
  • Pertandingan motosikal klasik
  • Pertandingan silang kata
  • Pertandingan khat
  • Pertandingan melukis
  • Pertandingan anyam ketupat
  • Pertandinga sukan ragam

Program JKKKP Kampung Batu 23

  • Penyertaan penduduk Kampung Batu 23 sentiasa tinggi dalam setiap aktiviti yang dirancang pada setiap tahun.  Terutamanya bila ada program bersama dengan banyak agensi daripada pihak kementerian yang terlibat.




Pertandingan mengayuh
basikal
Program Info Bestari bersama penduduk Kampung Batu 23 yang mana disertai juga bersama-sama oleh YB kesayangan kami iaitu Puan Hajah Noriah bt Haji Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Sungai Besar.


Kelas kemahiran komputer diadakan
pada setiap hujung minggu di rumah Pengerusi ICT
kepada remaja yang berminat dan banyak mendapat sambutan

Aktiviti JKKKP Kampung Batu 23

 Text Box: KAMPUNG BT 23
SUNGAI NIBONG




TARIKH:
26 hb JUN 2010

 TEMPAT;
BALAI RAYA KG. BT 23 SG. NIBONG

MASA;
8.00 PG HINGGA 12.30 T/HARI

PERASMIAN OLEH;
YB DATO’ SERI  Dr. HJ. MOHAMAD KHIR B  TOYO

Wednesday, 13 July 2011

Jawatankuasa Biro JKKKP Kampung Batu 23

  • BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
          Pengerusi  :  Encik Mohd Mahful bin Rosmin

  • BIRO BELIA,  SUKAN  DAN REKREASI
          Pengerusi   : Encik Abd Rahman bin Samsudin
    
  • BIRO KEBAJIKAN
          Pengerusi  : Encik Ahmad Salihin bin Tarmidi

  • BIRO PEMBANGUNAN
          Pengerusi  : Tuan Haji Mohd Yussof bin Haji Siraj

  • BIRO KESELAMATAN
          Pengerusi        : Encik Zainuddin bin Samingan
          N / Pengerusi  : Encik Dahli bin Sufian
  • BIRO EKONOMI
          Pengerusi  : Encik Amiruddin bin Md Apandi
  • BIRO SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
          Pengerusi  : Encik Adimunir bin Maskor
  • BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
          Pengerusi  : Encik Kudori bin Shariff
  • BIRO AGAMA
          Pengerusi : Encik Khairuddin bin Mat Talib
  • BIRO HAL EHWAL WANITA
          Pengerusi  : Puan Tugiah binti Marjiko
  • BIRO KESIHATAN
          Pengerusi        : Encik Mohd Sanif bin Ahmad
          N / Pengerusi  :  Encik Daud bin Hamid
  • BIRO ALAM SEKITAR
          Pengerusi    : Encik Yahya bin Samsuddin
          N / Pengerusi : Encik Baharudin bin Kadar
         

Ahli Jawatankuasa Kampung Batu 23

Pengerusi                :   Tn. Haji Zainal bin Asmuni
Setiausaha              :   En. Mahbot bin Rimin
Bendahari               :   En. Amiruddin bin Md Apandi
Ahli Jawatankuasa   :   En. Mohd Mahful bin Rosmin
                              :   En. Kudori bin Mohd Sharif
                              :   En. Zainudin bin Samingan
                              :   En. Khairuddin bin Mat Talib
                              :   En. Ahmad Salihin bin Tarmizi
                              :   Pn. Tugiah binti Marjiko
                              :   En. Mohd Sanif bin Ahmad
                              :   En. Mohammad Yusof bin Haji Sirat
                              :   En. Yahya bin Samsuddin
                              :   En. Adimunir bin Maskor
                              :   En. Ahmad Daud bin Abd Hamid
                              :   En. Abdul Rahman bin Samsuddin
                              :   En. Baharuddin bin Kadar
                              :   En. Dahli bin Sufian

Tuesday, 12 July 2011

Sejarah Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor

Kampung Batu 23 Sungai Nibong merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di Mukim Pasir Panjang.  Sebenarnya Kampung Batu 23 ini adalah pecahan dari Kampung  Pasir Panjang.  Pada awalnya Kampung Batu 23 ini tidak wujud tetapi yang wujud ialah Kampung Asam Jawa.  Nama Kampung Asam Jawa ini diperolehi kerana di tepi ban lama kampung ini terdapat sebatang pokok asam jawa yang besar.


     Menurut cerita Kampung Asam Jawa ini telah diteroka  pada tahun 1912 iaitu diketuai oleh Pawang Saad yang berasal dari Melaka bersama beberapa orang pengikutnya.  Kedatangan mereka adalah  melalui jalan sungai dan seterusnya mereka telah berkampung dan meneroka  Kampung Asam Jawa.  Lama kelamaan kawasan ini semakin luas sehingga sampai ke Sekinchan dan semakin ramai sanak saudara dan keluarga peneroka awal terutama orang-orang dari Melaka dan Johor yang berpindah ke sini.  Kawasan petempatan juga semakin berkembang sehingga ke tepi pantai dan hutan pula diteroka untuk tujuan bertani.  Penghulu Kampung Pasir Panjang yang pertama ialah Tuan Haji Said yang mentadbir dari Sekinchan hingga ke Sungai Nibong.

     Kampung Asam Jawa kemudiannya dinamakan Kampung Sungai Nibong kerana di tepi sungai kawasan ini banyak terdapat pokok-pokok nibung yang tumbuh.  Semakin hari penduduk Sungai Nibong ini juga semakin bertambah dan pentadbiran juga bertukar ganti di mana  jawatan ketua kampung telah diganti oleh Tuan Haji Omar bin Haji Saidiaitu anak kepada Penghulu  Haji said.

     Oleh kerana keadaan penduduk yang semakin ramai maka satu keputusan telah diambil untuk mengecilkan pentadbiran kawasan.  Pemecahan kampung ini telah menyebabkan Kampung Sungai Nibong berada di bawah kepimpinan Tuan Haji Said bin Karibun sebagai ketua.  Pada tahun 1972 beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung

     Di peringkat awal Kampung Batu 23 Sungai Nibong berada di bawah pentadbiran Daerah Kuala Selangor.  Namun begitu disebabkan telah ada Kampung Asam Jawa di daerah ini  maka Kampung Asam Jawa di kawasan Pasir Panjang telah ditujar namanya kepada Kampung Batu 23 Sungai Nibong.  Ini juga bermakna  jarak pentadbiran kampung ini dari Kuala Selangor ialah sejauh 23 batu.  Jadi jauh jarak itulah yang telah digunakan sebagai nama Kampung Batu 23 Sungai Nibong pada hari ini.

     Pada asalnya pancang batu untuk menandakan  jarak di Kampung Batu 23 ditulis sebagai ' BM 23' .  Perkataan 'BM' ini membawa maksud British Malaya kerana pada waktu itu pihak British telah membina sistem jalan raya bagi menghubungkan kawasan pedalaman dengan pusat daerah.  Semasa kerja-kerja mengukur jarak dilaksanakan jarak dari Kuala Selangor ke Sungai Nibong adalah 23 batu.  Oleh itu ditandakan pada pancang batu di kawasan ini sebagai ' BM 23 '.  Maka nama kampung ini pun kekal sebagai Kampung Batu 23 Sungai Nibong.  Walau bagaimanapun pada masa kini tempat pancang batu 'BM'  itu kini sudah dibuat parit serta jalan raya dan tidak diketahui lagi di mana kedudukan sebenar batu itu.

     Kebanyakan penduduk di sini ialah orang Melayu keturunan  Melaka-Jawa.  Ini kerana penduduk awal yang meneroka kawasan ini kebanyakannya datang dari negeri Melaka dan diikuti oleh orang-orang yang berhijrah dari Tanah Jawa.  Peneroka awal yang membuka kampung ini ialah Pawang Saad berasah dari Melaka dan beliauterkenal kerana ilmunya dalam bidang perubatan tradisional.

     Menurut cerita Pawang Saad merupakan peneroka awal di kawasan ini yang mempunyai keistimewaan  yang tersendiri.  Salah satu keistimewaannya  ialah kemampuan  menjinak dan membanting buaya hanya dengan menggunakan lidi sahaja.  Dalam satu peristiwa pernah seekor buaya yang tersesat telah terdampar di kawasan anak sungai sekitar Pasir Panjang.  Pawang Saad telah menunjukkan kehebatannya dengan menggunakan lidi sahaja untuk menghalau dan menangkap buaya tersebut.  Oleh sebab itu beliau juga dikenali sebagai Pawang Buaya.