TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Friday, 21 October 2011

Hari penghakiman pertandingan K1M Negeri Selangor pada 20 Okt 2011

Pada hari Khamis bersamaan 20hb Oktober 2011 Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong telah dihakimi oleh 2 orang pegawai dari Jabatan Penerangan Negeri Selangor Darul Ehsan tepat pada jam 3.40 petang. Pegawai  tersebut ialah Encik Mohd Faizal b Azman dan Encik Mohd Rizal b Ridzuan, menurut beliau K1M yang bertanding adalah disertai oleh 9 daerah di seluruh negeri Selangor.

K1M Batu 23 Sungai Nibong adalah K1M yang pertama diadili, hadiah yang akan diberi kepada pemenang nanti adalah berupa wang dan hadiah iringan seperti sijil dan peralatan komputer.  Kami seluruh warga penduduk K1M Batu 23 Sungai Nibong berharap dan berdoa agar kampung kami terpilih menjadi johan negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan Insyaallah.

Kami rasa persiapan kami adalah yang terbaik.... ' itu pendapat kami ' semua hakim tidak mempunyai pendapat mengenai persiapan kami...kerana mereka mempunyai borang yang mengandungi  ' elemen ' pemarkahan yang berbagai untuk dinilai secara adil dan mutlak,  siapa yang terbaik dialah yang layak menjadi pemenangnya nanti.....
hai.....jangan terbawa dalam mimpi udahlah ya....segala yang kurang baik itu datangnya daripada kami dan segala yang baik itu datangnya dari ALLAH sw,   tetapi yang penting itu kami sudah ada  D.U.I.T...Doa Usaha Ikhtiar Tawakal....tidak akan menyerah sebelum masuk ke gelanggang.

Encik Mohd Faizal sedang mengisi
borang pemarkahan





Hakim pertandingan sedang mengisi
Buku Lawatan K1M Batu23 Sungai Nibong



SELAMAT DATANG......Ketibaan para hakim pertandingan dari Ibu Pejabat Penerangan
Shah Alam Negeri Selangor.  Kelihatan no. 3  dari kanan ( depan sekali ) ialah
Encik Mohd Rizal dan no. 2 dari kanan ialah Encik Mohd Faizal.



Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam
Encik Dorahman b Ratib sedang memberikan ucapan

No comments:

Post a Comment