JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong melangkah
sekali lagi ke hadapan untuk menyahut cabaran
dalam Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera
Peringkat Kebangsaan Tahun 2013
Berita & Gambar oleh: Hj.Mohd Mahful b Hj.Bakar@ Rosmin
Pada tahun 2013 ini Kampung kami telah dinobatkan sebagai pemenang atau johan kategori Anugerah Desa Sejahtera peringkat Negeri Selangor, rasa-rasa semua penduduk kampung Batu 23 ini menguntum senyum kegembiraan kerana telah berjaya mengungguli pertandingan yang disertai dan bertungkus lumus membuat persiapan sepanjang bulan Ramadhan. Walaupun begitu segala usaha kami telah menghasilkan kejayaan yang amat baik kerana telah berjaya menjadi johan.
Usaha kami tidak berhenti setakat itu sahaja, kami sekarang sedang membuat persiapan untuk ke pertandingan yang lebih besar dan mencabar iaitu Anugerah Desa Sejahtera peringkat Kebangsaan 2013 pula, kami sentiasa mencuba sedaya upaya yang termampu untuk berada di puncak kerana persaingan yang hebat dari negeri-negeri lain pastinya membuat kami lebih cemburu, begitulah cabaran serta harapan kami yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
Insya'Allah keputusan akan diketahui selewat-lewatnya pada akhir Ogos ini. Kami akan tetap sabar menunggu sehingga keputusan dikeluarkan secara rasmi oleh penganjur pertandingan. Kami berdoa agar kami akan mencapai kejayaan.
Membersihkan kawasan |
Semoga Berjaya...inilah barisan kita yang ikhlas berjuang |
Bersama-sama mengecat lakaran di tembok untuk Hari Kebangsaan ke 56 |
assalamualaikum,,
ReplyDeletesaya dari Shah Alam berminat untuk mengadakan satu program yang berkaitan dengan "merasai suasana kampung" di kampung Saudara/i. Bagaimana untuk saya dapatkan contact person by email or phone number?