Pada 15 hingga 17 November 2011 seramai 5 orang ahli K1M Batu 23 Sungai Nibong telah menjalani kursus bersama 27 orang dari daerah seluruh Selangor di sini untuk memntapkan lagi pengetahuan tentang asas lanskap dan pembiakan tanaman. Selama 2 hari 3 malam itu kami telah diberi pendedahan tentang cara-cara bagaimana untuk membiak pokok.
Pemandangan bangunan asrama dari pintu utama |
Kami telah diberi panduan oleh beberapa pegawai pertanian yang mahir dalam bidang-bidang tertentu. Segala ilmu yang kami dapat akan kami gunakan apabila kami mula merancang untuk membuka kawasan lanskap di kampung kami. Sambil kami mempelajari ilmu yang diberikan kepada kami, kami juga sempat diberi peluang untuk merasa buah-buahan yang ada dalam kawasan ladang tersebut, memang buah yang terdapat di situ cantik dan sedap untuk dimakan kerana tanaman di situ dijaga setiap masa tentang kualitinya keseluruhan pokok termasuk akar, batang, pokok, kulit pokok, ranting, bunga dan buahnya. Terdapat jadual yang tersusun mengenai penjagaan pokok di situ bagi memudahkan kerja pegawai pertanian membuat pemantauan setiap hari. terdapat berbagai jenis tumbuhan di sini yang semuanya dapat dijaga dengan rapi dan tersusun.
En Ibrahim menunjukkan cara membiak pokok melalui tut |
No comments:
Post a Comment