Pada 16 Julai 2011 penduduk kampung kariah Batu 23 telah mengadakan program ceramah Israk Mikraj oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad dari Kajang. Ceramah disampaikan setelah selesai solat Maghrib.
Lebih kurang 160 orang muslimin dan muslimat hadir mendengar ceramah tersebut yang biasanya diadakan saban tahun mengenang kembali sejarah perjalan Rasulullah dalam peristiwa Agung Israk Mikraj. Majlis tersebut berakhir lebih kurang jam 9.15 malam dan solat Isyak seterusnya jamuan nasi ambeng.
No comments:
Post a Comment