TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Thursday, 27 April 2017

Hari Penghakiman Anugerah Desa Perdana

Berita oleh Haji Mohd Mahful Bin Haji Rosmin



Pada tarikh 26 April 2017 hari Rabu JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong telah menyertai pertandingan Anugerah Desa Perdana anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah KKLW Malaysia.

Pada peringkat pertama ini adalah merupakan pertandingan di daerah Sabak Bernam sahaja yang disertai 3 buah kampung iaitu Kampung Batu 23 Sungai Nibong,  Kampung Air Manis dan Kampung Parit Baru Pekan.

Penghakiman peringkat daerah bermula pada 26 hingga 27 April 2017. Kampung yang bertanding telah mengambil inisiatif dan persediaan yang secukupnya sebagai memenuhi kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Kampung yang berjaya memenangi pertandingan pada peringkat daerah ini akan menjadi wakil ke pertandingan peringkat negeri Selangor dan sekiranya bernasib baik akan terus menjadi wakil negeri Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan nanti. Semoga berjaya...  

No comments:

Post a Comment