TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Thursday, 12 January 2012

Hari Pelancaran Komuniti 1 Malaysia oleh PM Di Bukit Sentosa 6 Jan 2012




Bangga kerana Perdana Menteri singgah di khemah kami
K1M Batu 23 Sungai Nibong Sabak Bernam dan
berkesempatan untuk menggaul masakan sambal goreng
dalam satu demontrasi produk kami.



                                                                                                               




                                                                                                                                                     
       Program turun padang oleh Perdana Menteri dalam satu program kemasyarakatan melalui Komuniti 1 Malaysia pada 6 Januari 2012 yang diadakan di Bukit Sentosa telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia seluruh negara. Kehadiran pengunjung dianggarkan mencecah jumlah seramai lebih kurang 30 ribu orang terdiri daripada pelbagai kaum. Program ini diadakan selama 3 hari mulai 6 hingga 8 Januari 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia. Berbagai aktiviti diadakan dalam karnival tersebut seperti pameran, jualan, dan perkhidmatan yang disertai oleh berbagai agensi kerajaan, badan NGO dan pengusaha jualan dari seluruh negara. 
     Selain PM dapat bermesra dengan rakyat Malaysia beliau juga dapat menyampaikan beberapa amanat kepada rakyat yang hadir pada konvensyen tersebut dengan jelas mengenai dasar-dasar kerajaan di bawah kepemimpinan beliau. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Penerangan Malaysia Dato' Seri Rais Yatim dan beberapa orang menteri pengiring.                                                                                          

No comments:

Post a Comment