Setiap tahun sebelum berakhirnya bulan Jun semua Komuniti 1 Malaysia Daerah Sabak Bernam Selangor dikehendaki mengadakan program tahunannya iaitu Program Info Komuniti 1 Malaysia yang dipenuhi dengan berbagai aktiviti menarik bermula sejak pagi hinggalah ke tengah hari. Program yang disusun ini dapat menarik semua ahli Komuniti Batu 23 untuk menyertainya dengan penuh kerjasama dan berjalan dalam keadaan muhibah.
Dianggarkan lebih 200 peserta membanjiri dataran Kampung Batu 23 bagi menjayakan program tersebut termasuk semua golongan peringkat umur dan jantina. Berbagai acara disediakan oleh penganjur sejak awal pagi lagi seperti pertandingan memancing ikan sungai, acara kanak-kanak TADIKA, murid sekolah rendah tahap satu dan dua, sukan badminton, pertandingan masakan kuih binka ubi dan lemper, kuiz Komuniti 1 Malaysia dan cabutan bertuah. Seperti biasa ada peserta yang pulang dengan senyum kerana dapat membawa pulang banyak hadiah dan ada juga yang pulang dengan tangan kosong kerana kurang bernasib baik.....cuba lagi tahun hadapan...jangan putus asa.
Info Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 pada kali ini amat bertuah kerana selain perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar, kehadiran Pengarah Penerangan Selangor yang baru iaitu Encik Mohd Fathul Hatta bin Robiki dapat menyerikan lagi suasana dan kemeriahan kepada semua peserta dan ahli Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong.
Pengarah Penerangan Selangor Encik Mohd Fathul Hatta Robiki berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang peserta Kuiz 1 Malaysia. |
Pertandingan memancing sempena Info Komuniti 1 Malaysia |
Hakim pertandingan masakan bersama Pn Latifah Salaman |
Pertandingan Kolaj kanak-kanak TADIKA |
Sebahagian Jururawat yang bertugas dalam Info Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sg. Nibong. Duduk di tengah Pn. Rosminaton dari KD Sg.Nibong. |