TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Monday, 25 July 2011

Kelas ICT Kpg Batu 23

HARI                                     MASA                                          TEMPAT


Sabtu                                      Pagi                                    Balai Raya Kpg Batu 23

                                            Petang                                  Rumah ketua kampung

                                            Malam                                 Rumah pengerusi  ICT

Ahad                                   Pagi                                      Rumah ketua kampung

                                           Petang                                  Balai Raya Kpg Batu23

                                           Malam                                  Rumah pengerusi ICT

Friday, 22 July 2011

Pertandingan masakan

Kuih karipap
Kuih seri muka
Ikan lele masak lemak
cili api
Daging ayam panggang masak kencur

Sukan dan permainan

Permainan congkak


Permainan seremban

Permainan seremban

Permainan gasing


Thursday, 21 July 2011

Acara sukan silat

Silat Melayu
Silat, silap dan silau merupakan suatu ungkapan yang acap kali dituturkan oleh golongan elit dalam seni warisan budaya Melayu ini. Pelbagai versi silat seantero Asia Tenggara khususnya yang merangkumi kepulauan Melayu pada zaman kegemilangan Melayu 500 tahun lampau mengangkat darjat manusia itu dengan kepandaian seni tari silatnya. Silat itu langkah, silap itu pelebatnya manakala silau pula buahnya atau pun pelengkapnya. Rumpun Melayu menyebarkan sayap kepahlawanan secara lebih autokratik pada 500 tahun lampau kerana kebanggaan mereka terhadap ilmu perang ini. Bahasa Melayu yang menjadi ‘lingua franca” merupakan bahasa pertuturan utama ketika itu. Perkembangan bahasa Melayu secara tidak langsung membawa kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk Melayu di Melaka ketika itu. Ini mengakibatkan penghijrahan berlaku dan seterusnya proses perkembangan ilmu perang ini berleluasa sebagai suatu bentuk seni yang melambangkan keberanian, kekuatan dan kedaulatan kepada individu khususnya dan negara umumnya.

Monday, 18 July 2011

Israk Mikraj

Islam itu tinggi
dan tiada yang lebih tinggi daripadanya

Sambutan Israk Mikraj

Pada 16 Julai 2011 penduduk kampung kariah Batu 23 telah mengadakan program ceramah Israk Mikraj oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad dari Kajang. Ceramah disampaikan setelah selesai solat Maghrib.

Lebih kurang 160 orang muslimin dan muslimat  hadir mendengar ceramah tersebut yang biasanya diadakan saban tahun mengenang kembali sejarah perjalan Rasulullah dalam peristiwa Agung Israk Mikraj. Majlis tersebut berakhir lebih kurang jam 9.15 malam dan solat Isyak seterusnya jamuan nasi ambeng.

Mesyuarat

Mengaminkan bacaan Doa
semoga mendapat keberkatan
di sepanjang menjalankan mesyuarat

Thursday, 14 July 2011

Aktiviti bersama penduduk kampung


 


  Kami penduduk Kampung Batu 23 menerima pelancong dari luar negara
sebagai satu pengisian aktiviti homestay.



Gotong royong membersihkan jalan
dan menanam pokok bunga


Program Info Bestari

Pada bulan Jun setiap tahun JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong akan mengadakan berbagai program untuk mengisi aktiviti bersama penduduk kampung,  berbagai acara diadakan seperti;
  • Pertandingan futsal
  • Pertandingan silat
  • Pertandingan masakan tradisional
  • Pertandingan gubahan bunga
  • Pertandingan memancing
  • Pertandingan kompang
  • Pertandingan mengayuh basikal
  • Pertandingan sepak takraw
  • Pertandingan badminton
  • Pertandingan sukan ragam kanak-kanak TADIKA KEMAS
  • Pertandingan motosikal klasik
  • Pertandingan silang kata
  • Pertandingan khat
  • Pertandingan melukis
  • Pertandingan anyam ketupat
  • Pertandinga sukan ragam

Program JKKKP Kampung Batu 23

  • Penyertaan penduduk Kampung Batu 23 sentiasa tinggi dalam setiap aktiviti yang dirancang pada setiap tahun.  Terutamanya bila ada program bersama dengan banyak agensi daripada pihak kementerian yang terlibat.




Pertandingan mengayuh
basikal
Program Info Bestari bersama penduduk Kampung Batu 23 yang mana disertai juga bersama-sama oleh YB kesayangan kami iaitu Puan Hajah Noriah bt Haji Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Sungai Besar.


Kelas kemahiran komputer diadakan
pada setiap hujung minggu di rumah Pengerusi ICT
kepada remaja yang berminat dan banyak mendapat sambutan

Aktiviti JKKKP Kampung Batu 23

 Text Box: KAMPUNG BT 23
SUNGAI NIBONG




TARIKH:
26 hb JUN 2010

 TEMPAT;
BALAI RAYA KG. BT 23 SG. NIBONG

MASA;
8.00 PG HINGGA 12.30 T/HARI

PERASMIAN OLEH;
YB DATO’ SERI  Dr. HJ. MOHAMAD KHIR B  TOYO

Wednesday, 13 July 2011

Jawatankuasa Biro JKKKP Kampung Batu 23

  • BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
          Pengerusi  :  Encik Mohd Mahful bin Rosmin

  • BIRO BELIA,  SUKAN  DAN REKREASI
          Pengerusi   : Encik Abd Rahman bin Samsudin
    
  • BIRO KEBAJIKAN
          Pengerusi  : Encik Ahmad Salihin bin Tarmidi

  • BIRO PEMBANGUNAN
          Pengerusi  : Tuan Haji Mohd Yussof bin Haji Siraj

  • BIRO KESELAMATAN
          Pengerusi        : Encik Zainuddin bin Samingan
          N / Pengerusi  : Encik Dahli bin Sufian
  • BIRO EKONOMI
          Pengerusi  : Encik Amiruddin bin Md Apandi
  • BIRO SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
          Pengerusi  : Encik Adimunir bin Maskor
  • BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
          Pengerusi  : Encik Kudori bin Shariff
  • BIRO AGAMA
          Pengerusi : Encik Khairuddin bin Mat Talib
  • BIRO HAL EHWAL WANITA
          Pengerusi  : Puan Tugiah binti Marjiko
  • BIRO KESIHATAN
          Pengerusi        : Encik Mohd Sanif bin Ahmad
          N / Pengerusi  :  Encik Daud bin Hamid
  • BIRO ALAM SEKITAR
          Pengerusi    : Encik Yahya bin Samsuddin
          N / Pengerusi : Encik Baharudin bin Kadar
         

Ahli Jawatankuasa Kampung Batu 23

Pengerusi                :   Tn. Haji Zainal bin Asmuni
Setiausaha              :   En. Mahbot bin Rimin
Bendahari               :   En. Amiruddin bin Md Apandi
Ahli Jawatankuasa   :   En. Mohd Mahful bin Rosmin
                              :   En. Kudori bin Mohd Sharif
                              :   En. Zainudin bin Samingan
                              :   En. Khairuddin bin Mat Talib
                              :   En. Ahmad Salihin bin Tarmizi
                              :   Pn. Tugiah binti Marjiko
                              :   En. Mohd Sanif bin Ahmad
                              :   En. Mohammad Yusof bin Haji Sirat
                              :   En. Yahya bin Samsuddin
                              :   En. Adimunir bin Maskor
                              :   En. Ahmad Daud bin Abd Hamid
                              :   En. Abdul Rahman bin Samsuddin
                              :   En. Baharuddin bin Kadar
                              :   En. Dahli bin Sufian

Tuesday, 12 July 2011

Sejarah Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor

Kampung Batu 23 Sungai Nibong merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di Mukim Pasir Panjang.  Sebenarnya Kampung Batu 23 ini adalah pecahan dari Kampung  Pasir Panjang.  Pada awalnya Kampung Batu 23 ini tidak wujud tetapi yang wujud ialah Kampung Asam Jawa.  Nama Kampung Asam Jawa ini diperolehi kerana di tepi ban lama kampung ini terdapat sebatang pokok asam jawa yang besar.


     Menurut cerita Kampung Asam Jawa ini telah diteroka  pada tahun 1912 iaitu diketuai oleh Pawang Saad yang berasal dari Melaka bersama beberapa orang pengikutnya.  Kedatangan mereka adalah  melalui jalan sungai dan seterusnya mereka telah berkampung dan meneroka  Kampung Asam Jawa.  Lama kelamaan kawasan ini semakin luas sehingga sampai ke Sekinchan dan semakin ramai sanak saudara dan keluarga peneroka awal terutama orang-orang dari Melaka dan Johor yang berpindah ke sini.  Kawasan petempatan juga semakin berkembang sehingga ke tepi pantai dan hutan pula diteroka untuk tujuan bertani.  Penghulu Kampung Pasir Panjang yang pertama ialah Tuan Haji Said yang mentadbir dari Sekinchan hingga ke Sungai Nibong.

     Kampung Asam Jawa kemudiannya dinamakan Kampung Sungai Nibong kerana di tepi sungai kawasan ini banyak terdapat pokok-pokok nibung yang tumbuh.  Semakin hari penduduk Sungai Nibong ini juga semakin bertambah dan pentadbiran juga bertukar ganti di mana  jawatan ketua kampung telah diganti oleh Tuan Haji Omar bin Haji Saidiaitu anak kepada Penghulu  Haji said.

     Oleh kerana keadaan penduduk yang semakin ramai maka satu keputusan telah diambil untuk mengecilkan pentadbiran kawasan.  Pemecahan kampung ini telah menyebabkan Kampung Sungai Nibong berada di bawah kepimpinan Tuan Haji Said bin Karibun sebagai ketua.  Pada tahun 1972 beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung

     Di peringkat awal Kampung Batu 23 Sungai Nibong berada di bawah pentadbiran Daerah Kuala Selangor.  Namun begitu disebabkan telah ada Kampung Asam Jawa di daerah ini  maka Kampung Asam Jawa di kawasan Pasir Panjang telah ditujar namanya kepada Kampung Batu 23 Sungai Nibong.  Ini juga bermakna  jarak pentadbiran kampung ini dari Kuala Selangor ialah sejauh 23 batu.  Jadi jauh jarak itulah yang telah digunakan sebagai nama Kampung Batu 23 Sungai Nibong pada hari ini.

     Pada asalnya pancang batu untuk menandakan  jarak di Kampung Batu 23 ditulis sebagai ' BM 23' .  Perkataan 'BM' ini membawa maksud British Malaya kerana pada waktu itu pihak British telah membina sistem jalan raya bagi menghubungkan kawasan pedalaman dengan pusat daerah.  Semasa kerja-kerja mengukur jarak dilaksanakan jarak dari Kuala Selangor ke Sungai Nibong adalah 23 batu.  Oleh itu ditandakan pada pancang batu di kawasan ini sebagai ' BM 23 '.  Maka nama kampung ini pun kekal sebagai Kampung Batu 23 Sungai Nibong.  Walau bagaimanapun pada masa kini tempat pancang batu 'BM'  itu kini sudah dibuat parit serta jalan raya dan tidak diketahui lagi di mana kedudukan sebenar batu itu.

     Kebanyakan penduduk di sini ialah orang Melayu keturunan  Melaka-Jawa.  Ini kerana penduduk awal yang meneroka kawasan ini kebanyakannya datang dari negeri Melaka dan diikuti oleh orang-orang yang berhijrah dari Tanah Jawa.  Peneroka awal yang membuka kampung ini ialah Pawang Saad berasah dari Melaka dan beliauterkenal kerana ilmunya dalam bidang perubatan tradisional.

     Menurut cerita Pawang Saad merupakan peneroka awal di kawasan ini yang mempunyai keistimewaan  yang tersendiri.  Salah satu keistimewaannya  ialah kemampuan  menjinak dan membanting buaya hanya dengan menggunakan lidi sahaja.  Dalam satu peristiwa pernah seekor buaya yang tersesat telah terdampar di kawasan anak sungai sekitar Pasir Panjang.  Pawang Saad telah menunjukkan kehebatannya dengan menggunakan lidi sahaja untuk menghalau dan menangkap buaya tersebut.  Oleh sebab itu beliau juga dikenali sebagai Pawang Buaya.