TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Tuesday, 26 August 2014

Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam 2014

Berita dan foto oleh Hj Mohd Mahful dan Dorahman Ratib


       Satu Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 25 Ogos 2014 di Pekarangan Pejabat Penerangan Daerah yang dirasmikan dengan sempurnanya oleh YB Budiman Bin Mohd Zohdi ADUN Kawasan Sungai Panjang Selangor.

       Antara acara kemuncak yang diadakan ialah perarakan jalur gemilang bermotosikal kebeberapa buah sekolah dan premis terpilih.  Sambutan Perarakan Jalur Gemilang tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang tempatan dan beberapa pemimpin Badan NGO, Pegawai Kerajaan dan Swasta.


Pengarah Penerangan Negeri Selangor sedang memberikan ucapan
YB Budiman Mohd Zohdi Menyampaikan Ucapan Perasmian


Dari Kiri: YB Budiman, Pengerusi Permuafakatan K1M Daerah Hj Mohd Mahful,
Pengarah Penerangan Selangor Puan Hjh Sarifah Mariam, Pegawai Perpaduan Integrasi Nasional En Helmi Rahim,
PRO Kolej Komuniti Tn. Hj Zaini Ali dan Wakil Pegawai Pendidikan Daerah En Mohd Fatulhanif.
Flagoff Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2014
       Pegarah Penerangan Negeri Selangor Darul Ehsan juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan sokongan dan sambutan sebagai tanda kecintaan kepada negara Malaysia sesuai dengan Tema Hari Kemerdekaan tahun 2014 " Malaysia....Di sinilah Lahirnya Sebuah Cinta ". Turut memeriahkan sambutan pada hari tersebut termasuklah perarakan 7 buah kenderaan Jabatan Penerangan Daerah Sabak Bernam, 10 kenderaan  Komuniti 1  Malaysia dan 28 motosikal.
Bangga......Menghayati  Semangat Kemerdekaan












Monday, 18 August 2014

Majlis Jamuan AidilFitri 1435H / 2014 Anjuran JKKKP Dan K1M Kampung Batu 23 Sungai Nibong.

Berita dan Foto oleh Hj Mahful dan Dorahman Ratib


         Pada 16hb Ogos 2014 yang lepas kami pihak Jawatankuasa Kampung peringkat Komuniti Batu 23 Sungai Nibong telah mengadakan sambutan Aidilfitri secara santai bersama  pemimpin tempatan serta masyarakat kampung yang berhampiran.


Santai sambil menikmati jamuan
         Antara yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut termasuklah pemimpin NGO tempatan, Yb Ahli Parlimen Sungai Besar, ADUN Sungai Panjang, Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam, Pemimpin masyarakat tempatan dan Ketua Kampung JKKKP Batu 23, Kampung Asam Jawa, Kampung Parit 12, Kampung Batu 23 Pantai dan Kampung Tanah Lesen Sungai Nibong.
Kaum ibu yang turut hadir dalam majlis tersebut


Antara AJK dan tetamu yang hadir






Paluan muzik gamelan

Dorahman Ratib bersama Mardi Sukir
        Lebih 250 orang hadir dalam majlis tersebut yang diwarnai dengan berbagai acara seperti muzik gamelan, lagu nasyid hari raya dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung yang hadir pada malam tersebut walaupun masa yang diambil cuma lebih kurang 3 jam yang bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir tepat jam 12.00 malam.
tayangan slaid aktiviti kampung sepanjang
Januari - Ogos 2014


AJK Jamuan bergambar mesra
bersama Encik Ahmad. Dari kiri Hj Mahbot, En Ahmad,
Dorahman dan Hj Mohd Mahful



Santai selepas melayani tetamu


Pemeriksaan kesihatan kepada hadirin
oleh pegawai kesihatan Klinik Kesihatan Sekinchan