TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Sunday, 22 June 2014

PROGRAM PENGHAYATAN ( K1M ) PERINGKAT KOMUNITI KAMPUNG BATU 23 SUNGAI NIBONG JUN 2014

Berita dan foto oleh Hj.Mohd Mahful Hj Bakar@Rosmin


     Pada setiap tahun dalam bulan Jun Komuniti 1 Malaysia peringkat Komuniti Kampung telah diarahkan untuk membuat satu aktiviti kepada masyarakat tempatan dalam bentuk sukan dan permainan selain aktiviti berbentuk hobi seperti memancing dan lain-lain.

     Ironinya dalam setiap aktiviti yang diadakan semua pemimpin peringkat negeri, daerah, ahli-ahli YB Parlimen dan ADUN serta ketua-ketua kampung semua hadir untuk menjayakan aktiviti program tersebut.  Rata-rata kehadiran dan penyertaan serta sambutan daripada penduduk tempatan sangat menggalakan,  ini kerana sambil mereka datang untuk menyertai beberapa acara yang disediakan mereka juga dapat berkumpul beramai-ramai sambil bertanya khabar dan meluahkan cerita-cerita berkaitan kejayaan kampung penduduk tempatan.


    Sambil mereka beraktiviti sukan, membuat gubahan, memasak,  memancing dan kesenian mereka juga mendapat beberapa hadiah sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan titik peluh mereka, mereka tidak pulang dengan tangan kosong.  Banyak hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur dan dapat dibawa pulang oleh mereka.



Sedang mencuba nasib,  dari kiri Hj Mohd Mahful, Hj Amiruddin dan
Abd Rahman Samsuddin ( bakal Pengerusi JKKKP baru )
Kampung Batu 23 Sungai Nibong


Encik Dorahman Ratib mengiringi En. Muslimin Yahya
menyampaikan hadiah kepada pemenang


Pengarah Penerangan Negeri Selangor
Encik Mohd Fatkhul Hatta Robiki



Dari kanan; Mohd Fatkhul Hatta,  Dorahman Ratib dan Hj.Zainal
entah apa yang dibincangkan tu.........

Berjaya dapat ikan.............tapi kecil sangat





























Tuesday, 3 June 2014

PERTANDINGAN JUARA KAMPUNG 2014 ANJURAN ASTRO DAN ADABI

Berita dan Foto oleh Hj Mohd Mahful Hj Bakar @ Rosmin


     Tiga orang Wirawati Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan telah berjaya sebagai pemenang dalam pertandingan masakan yang dianjurkan oleh ASTRO dan ADABI baru-baru ini.  Mereka terdiri daripada Siti Nazrah bt Mohd Yunos, Nur Azierra bt Mar Hassan dan Siti Norfaridah bt Kodori.

     Mereka akan bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka dan dijangka bertemu dengan johan dari zon Utara,  Timur dan Sabah Sarawak. Syarat-syarat dalam pertandingan masakan ini telah ditetapkan di mana setiap peserta dikehendaki menyediakan satu jenis masakan tradisi,  satu jenis masakan yang menggunakan produk ADABI dan satu jenis masakan pembuka selera.


Sesi Pengenalan Diri
     Tempat pertandingan peringkat kebangsaan ini akan diadakan di Bukit Katil Melaka.  Hadiah utama yang akan diberikan oleh pihak penganjur nanti adalah berupa wang tunai dan beberapa hadiah iringan.  Ini adalah merupakan  kali pertama pertandingan seperti ini diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak peserta.

Para peserta mengambil tempat


Dari kanan Siti Nazrah bt Mohd Yunos, Siti Norfaridah bt Kudori
 dan Nur Azierra bt Mar Hassan
Peserta Kampung Kami HEBAT