TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Thursday, 29 May 2014

KURSUS USAHAWAN CENDAWAN 2014 DI MAKTAB KOPERASI MALAYSIA.

Berita dan foto oleh Hj.Mohd Mahful Hj.Bakar@Rosmin

       Kursus selama lima hari dan disertai oleh 32 peserta dari Semenanjung Malaysia ini dapat memberi ransangan dan keyakinan kepada bakal usahawan yang ingin menjadi ' jutawan' segera hanya dengan mengambil masa yang singkat.

       Kursus ini diadakan secara teori dan praktikal untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada para peserta.  Secara lebih dekat para peserta dapat memahami cara-cara penanaman , penjagaan, penuaian dan pemasaran cendawan tiram dalam negara.



Cendawan Tiram Kelabu



Peserta dari Koperasi Masjid Assiraj Kampung Batu 23
Sungai Nibong Sekinchan Selangor
      Mengikut perangkaan pengeluaran cendawan di Malaysia menunjukkan permintaan terhadap cendawan amat tinggi sedangkan pengeluaraan cendawan amat rendah,  ini menunjukkan bahawa pasaran untuk cendawan ini sangat menggalakkan.  Pengeluaran tanaman cendawan di Malaysia hanya merangkumi sekitar 36% sahaja sebulan sedangkan permintaan daripada pengguna adalah 64% setiap bulan,  ini adalah disebabkan perusahaan tanaman cendawan ini belum cukup banyak dan luas.


Gambar kenang-kenangan peserta Kursus Usahawan Cendawan
di Maktab Koperasi Malaysia




Dari kiri Hj Baharudin, Hj Amiruddin
Nur Suzyana, Hj Zainal dan Hj Mohd Mahful