Program ini telah dirancang lebih awal oleh ahli jawatankuasa penganjur KKLW dan JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong. Tetapi program ini telah dapat dilaksanakan lewat sedikit kerana tarikh awal yang direncanakan adalah bertepatan pada waktu cuti sekolah , justru penglibatan murid menjadi satu kekangan kepada pelaksanaan program tersebut. Setelah satu huraian melalui mesyuarat terakhir maka kami bersetuju untuk mengadakan program tersebut pada waktu persekolahan iaitu pada awal persekolahan bulan Januari 2014.
Program ini disertai oleh pelajar sekolah, ibu bapa dan guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekinchan Selangor. Seramai 220 orang dapat turut serta menjayakan program ini. Antara pengisian program ini adalah seperti ceramah pendidikan, tazkirah, nasyid dan motivasi.
Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Malaysia, Ahli Parlimen Kawasan Sungai Besar merangkap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Selangor. Turut hadir dalam program ini ialah YB Tuan Budiman Mohd Zohdi ADUN Kawasan Sungai Panjang.
 |
Para peserta sedang mengikuti program motivasi
|
 |
Persembahan Tausiah |
 |
YB Tuan Budiman Mohd Zohdi
turut hadir dalam majlis tersebut
|
 |
Peserta sedang mendaftar kehadiran |