Mesyuarat ini dihadiri oleh semua wakil negeri seluruh Malaysia iaitu seramai 14 perwakilan. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membentuk satu program yang dinamakan Program AIMAN. Pelaksanaan program ini dijangka bermula pada Disember 2013 dan melibatkan kanak-kanak sekolah rendah, ibu bapa serta guru.
Program ini dijangka selesai dalam jangka masa satu bulan dan dijalankan secara serentak serta berpasangan antara 2 negeri yang berhampiran, Kedah bersama Perlis, Perak bersama Pulau Pinang, Kelantan bersama Trengganu, Johor bersama Melaka, Selangor bersama Negeri Sembilan dan Pahang menjalankan aktiviti tanpa negeri sebagai pasangan. Manakala Sabah, Sarawak dan Labuan menjalankan aktiviti secara berasingan. Program ini dijalankan selama satu bulan dan mesti dihabiskan pada 31 Disember 2013. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW )
Perwakilan yang hadir |
Wakil dari Kampung Batu 23 Sungai Nibong mewakili Negeri Selangor, diwakili oleh Hj.Zainal Asmuni, Hj. Mahbot Rimin Hj.Mohd Mahful Rosmin dan Hj. Baharudin Kadar. |