TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Tuesday, 17 December 2013

Mesyuarat Pelarasan Anugerah Desa Sejahtera di INFRA Bangi pada 11 November 2013

Berita dan foto oleh Hj Mohd Mahful Hj Bakar Rosmin



     Mesyuarat ini dihadiri oleh semua wakil negeri seluruh Malaysia iaitu seramai 14 perwakilan. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membentuk satu program yang dinamakan Program AIMAN.  Pelaksanaan program ini dijangka bermula pada Disember 2013 dan melibatkan kanak-kanak sekolah rendah,  ibu bapa serta guru.
    
     Program ini dijangka selesai dalam jangka masa satu bulan dan dijalankan secara serentak serta berpasangan antara 2 negeri yang berhampiran,  Kedah bersama Perlis, Perak bersama Pulau Pinang, Kelantan bersama Trengganu, Johor bersama Melaka, Selangor bersama Negeri Sembilan dan Pahang menjalankan aktiviti tanpa negeri sebagai pasangan.  Manakala Sabah, Sarawak dan Labuan menjalankan aktiviti secara berasingan.  Program ini dijalankan selama satu bulan dan mesti dihabiskan pada 31 Disember 2013.  Segala perbelanjaan ditanggung oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW )

 
Perwakilan yang hadir
Suasana dalam bilik mesyuarat
 
Wakil dari Kampung Batu 23 Sungai Nibong
mewakili Negeri Selangor, diwakili oleh
Hj.Zainal Asmuni, Hj. Mahbot Rimin
Hj.Mohd Mahful Rosmin dan Hj. Baharudin Kadar.






 


Sunday, 25 August 2013

WARNA WARNI PADA HARI PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

SUASANA KEMERIAHAN PADA HARI PENGHAKIMAN
ANUGERAH DESA SEJAHTERA DAN SAMBUTAN HARI RAYA
SERTA PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN
KAMPUNG BATU 23 SUNGAI NIBONG PADA
25hb OGOS 2013
 
 
 
 
Berita dan gambar oleh Hj Mohd Mahful Hj Bakar Rosmin
 
 
 
Agenda;
1.   Kehadiran tetamu jemputan
2.   Ketibaan tetamu kehormat
3.   Ketibaan urusetia dan Panel Hakim
4.   Minum pagi dan jamuan Hari Raya
5.   Persembahan kebudayaan
6.   Para hakim masuk ke dewan
7.   Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
8.   Bacaan doa
9.   Ucapan Pengarah KEMAS Negeri Selangor
10. Ucapan Ketua Panel Hakim
11. Ucapan Pengerusi JKKKP Batu 23 Sungai Nibong
12. Tayangan slaid, video dan blogger kampung
13. Sesi soal jawab
14. Lawatan masuk kampung
15. Ulasan Panel Hakim
16. Jamuan makan
17. Sesi bergambar
18. Ucapan penutup
19. Penyampaian cenderamata
20. Majlis tamat

Hakim ICT sedang menerima cenderamata

Perarakan bermotor mengiringi Panel Hakim

 
Panel Hakim menyaksikan persembahan seni silat

 
Ketua Panel Hakim menikmati jamuan
bersama YB Tuan Budiman Mohd Zohdi
Ketua Panel Hakim sedang memberi ucapan
Tn Hj Mardi sedang memberikan ucapan


 
Cik Shahrani tidak ketinggalan untuk
menerima cenderamata daripada
Pengerusi JKKKP Kampung Batu 23
Menyambut ketibaan Ketua Panel Hakim



Di atas segala usaha yang berterusan, kami berharap agar doa kami
diterima ALLAH swt agar kami mendapat kejayaan.










 

 
 
 
 

Wednesday, 21 August 2013

Transformasi Patriotisme

 
Kibaran Jalur Gemilang
 
 
Laporan dan gambar oleh Hj Mohd Mahful Hj Bakar Rosmin

 

      Menjejaki sejarah kegemilangan Tanah Air melalui informan yang masih ada di sekitar Daerah Sabak Bernam bersama masyarakat setempat pada 21 Ogos 2013.
 
   
Menyampaikan sumbangan kepada
pejuang kemerdekaan


Kembara bermula


Kawalan keselamatan oleh Anggota Pasukan Polis






Pergerakan terkawal
 
 
Sekolah yang melahirkan ramai pemimpin
Kampung Batu 23 Sungai Nibong
 
 


Sunday, 18 August 2013

Friday, 16 August 2013

Bersama Doa dan Harapan, cabaran menghadapi pertandingan Anugerah Desa Sejahtera peringkat Kebangsaan 2013

 
JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong melangkah
sekali lagi ke hadapan untuk menyahut cabaran
dalam Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera
Peringkat Kebangsaan Tahun 2013
 
 
Berita & Gambar oleh: Hj.Mohd Mahful b Hj.Bakar@ Rosmin
 
 
     Pada tahun 2013 ini Kampung kami telah dinobatkan sebagai pemenang atau johan kategori Anugerah Desa Sejahtera peringkat Negeri Selangor, rasa-rasa semua penduduk kampung Batu 23 ini menguntum senyum kegembiraan kerana telah berjaya mengungguli pertandingan yang disertai dan bertungkus lumus membuat persiapan sepanjang bulan Ramadhan. Walaupun begitu segala usaha kami telah menghasilkan kejayaan yang amat baik kerana telah berjaya menjadi johan.
 
    Usaha kami tidak berhenti setakat itu sahaja,  kami sekarang sedang membuat persiapan untuk ke pertandingan yang lebih besar dan mencabar iaitu Anugerah Desa Sejahtera peringkat Kebangsaan 2013 pula, kami sentiasa mencuba sedaya upaya yang termampu untuk berada di puncak kerana persaingan yang hebat dari negeri-negeri lain pastinya membuat kami lebih cemburu, begitulah cabaran serta harapan kami yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.



    Insya'Allah keputusan akan diketahui selewat-lewatnya pada akhir Ogos ini. Kami akan tetap sabar menunggu sehingga keputusan dikeluarkan secara rasmi oleh penganjur pertandingan. Kami berdoa agar kami akan mencapai kejayaan.

Gotong royong membina replika

 
  

Membersihkan kawasan

 

Semoga Berjaya...inilah barisan kita yang ikhlas berjuang



 
Bersama-sama mengecat lakaran di tembok untuk
Hari Kebangsaan ke 56











 

Wednesday, 24 July 2013

Menjadi Juara Secara Rasmi !!!

Berita dan gambar oleh Hj.Mohd Mahful b Hj Bakar@Rosmin
 
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor pada tahun ini telah mencalonkan Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan untuk menerima tawaran bertanding dalam kategori Anugerah Desa Sejahtera yang disertai oleh wakil-wakil daerah di negeri Selangor. Daerah Sabak Bernam telah diwakili oleh Kampung Parit 7 Sungai Leman dan Kampung Batu 23 Sungai Nibong. Setelah keputusan diumumkan maka pemenang pertama adalah disandang oleh kampung Batu 23 Sungai Nibong, tempat kedua dimenangi oleh Kampung Batu 16 Kuang dari Daerah Gombak, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Parit 7 Sungai Leman.
 
Pemenang tempat pertama menerima hadiah wang RM 8,000.00, tempat kedua menerima hadiah wang RM 6,000.00 dan tempat ketiga menerima hadiah wang RM 4,000.00.  Semua hadiah disampaikan oleh Dato' Hajah Noriah bt Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, perladangan dan Komoditi Malaysia.
 
Wang sebanyak RM 8,000.00 juga milik kami.........
kami sedang memburu hadiah
terbesar sebanyak RM 1,000,000.00
di peringkat Kebangsaan nanti.
 
Inilah Barisan Kita yang ikhlas berjuang.....duduk dari kiri Hj Amir,
Hj Mahbot, Hj Zainal, Hj Mardi, En Zainurin, Pn Zaleha, Pn Latifah,
barisan tengah dari kiri En Daud,En Abd Rahman,En Ahmad Salehin,
HjYusof, En Adimunir, Hj Dahli, En Sanif, belakang dari kiri Hj Yahya,
En Zainuddin. Hj Baharuddin dan En Khairuddin, tiada dalam gambar Hj Kudori,
Juru foto Hj Mohd Mahful.
 
Ya JOHAN !!! itulah perkataan yang ditulis
di bahagian bawah piala milik kami
penduduk Kampung Batu 23 Sungai Nibong


 


Sunday, 21 July 2013

Majlis Ihya' Ramadhan Dan Penyampaian Hadiah Pemenang Anugerah Desa Sejahtera 2013

* MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH *
ANUGERAH DESA SEJAHTERA
NEGERI SELANGOR 2013
 
 
Tempat            : Masjid Assiraj Kampung Batu 23 Sungai Nibong.

Tarikh              : 20hb Julai 2013 / 11 Ramadhan 1434 H
Masa                : 5.30 petang
Berita & Foto               : Hj Mohd Mahful b Hj Bakar @ Rosmin
 
ATURCARA ;
1. Pendaftaran peserta
2. Tetamu jemputan mengambil tempat
3. Ketibaan dif-dif kehormat
4. Tazkirah Ramadhan
5. Ucapan Ketua Pengarah KEMAS Selangor
6. Ucapan perasmian oleh YB Dato' Hjh Noriah Bt Kasnon.
    Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Malaysia.
7. Penyampaian sumbangan kepada anak yatim, warga emas dan OKU.
8. Majlis tahlil
9. Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib
 
Persiapan memasak Bubur Lambuk
untuk juadah berbuka puasa
Sebahagian kaum ibu sedang menyiapkan
ramuan masakan bubur lambuk
Sedang memasak bubur lambuk
kacau  biar betul pak ..nanti hangit !!
Ayuh Pak Lurah...jangan gementar di kelilingi wanita...tuang
betul betul nanti tumpah ke tempat lain..
Pentas tempat penyampaian hadiah
kepada pemenang Anugerah Desa Sejahtera
JUARA !!! JOHAN !!! PEMENANG !!!
sa'at yang ditunggu-tunggu telah pun TIBA !!!
 
Kain rentang sebagai maklumat
kepada orang ramai

 

 

 
 SELAMAT BERJUANG
UNTUK MENGHADAPI PERTANDINGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN  TAHUN 2013
BERMULA 20 HINGGA 31 OGOS 2013

 

 

Monday, 8 July 2013

HARI PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 8 JULAI 2013

Rangkuman album hari Penghakiman Anugerah Desa Sejahtera pada Isnin 8 Julai 2013. Antara agenda yang dijalankan adalah ;

1. Ucapan alu-aluan
2. Tayangan slaid aktiviti JKKKP sepanjang tahun 2013
3. Soal jawab antara hakim dan ketua biro JKKKP
     3.1 Biro ekonomi dan Pembangunan
     3.2 Biro pendidikan dan belia
     3.3 Biro teknologi maklumat dan komunikasi
4. Lawatan ke tempat-tempat aktiviti JKKKP
5. Majlis penutup
Sesi soal jawab ahli jawatankuasa JKKKP
bersama panel hakim
Antara panel  hakim yang terlibat pada hari tersebut
kelihatan juga Encik Mohd Haris Matori 
Tn. Hj.Mardi Sukir bersama ketua Panel Hakim
En.Anuar Zain sedang menikmati sarapan pagi
kelihatan seimbas ialah Hj.Zainal Pengerusi JKKKP
Suasana ketika sedang menikmati sarapan
Pengerusi JKKKP menyambut ketibaan panel hakim

Sesi bergambar bersama barisan
 HAKIM Anugerah Desa Sejahtera
dan Ahli Jawatankuasa JKKKP
Kampung Batu 23 Sungai Nibong.







 
AJK jamuan sedang menjamu selera

 
Persembahan gamelan oleh kumpulan kesenian dan kebudayaan
ahli-ahli JKKKP kampung Batu 23 Sungai Nibong

 
Ketua Panel Hakim En.Anuar Zain sedang menerima cenderamata
 daripada Hj.Zainal Pengerusi JKKKP


 SETINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA  KASIH
KEPADA PANEL HAKIM ANUGERAH DESA SEJAHTERA 

Monday, 1 July 2013

BAKSIS UUM 2013

PROGRAM BAKTI SISWA UUM 29 JUN HINGGA 3 JULAI 2013 DI KAMPUNG BATU 23

Aktiviti
1. Sukan dan riadah
2. Forum
3. Kuliah agama
4. Khidmat sosial
5. Nasi ambeng
Pagi-pagi lagi dah memerah santan kelapa......

Borak dulu sementara menunggu makanan siap dimasak

Tu dia oooii...lunyau daging ayam dibuatnya

Nah......ambik bahagian potong sayur...jangan terpotong jari udah

Ini nak melawa atau bergaya sahaja...yang penting sampai masa
semua siap dimasak....kalau tak siap kamu kena masak...

Baik-baik kawasan ini banyak makhluk 'halus'...semut, cacing,
halipan, pacat, .........