TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Tuesday, 1 May 2012

Info Bestari Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23

Setiap tahun sebelum berakhirnya bulan Jun semua Komuniti 1 Malaysia Daerah Sabak Bernam Selangor dikehendaki mengadakan program tahunannya iaitu Program Info Komuniti 1 Malaysia yang dipenuhi dengan berbagai aktiviti menarik bermula sejak pagi hinggalah ke tengah hari.  Program yang disusun ini dapat menarik semua ahli Komuniti Batu 23 untuk menyertainya dengan penuh kerjasama dan berjalan dalam keadaan muhibah.

Dianggarkan lebih 200 peserta membanjiri dataran Kampung Batu 23 bagi menjayakan program tersebut termasuk semua golongan peringkat umur dan jantina. Berbagai acara disediakan oleh penganjur sejak awal pagi lagi seperti pertandingan memancing ikan sungai, acara kanak-kanak TADIKA,  murid sekolah rendah tahap satu dan dua,  sukan badminton, pertandingan masakan kuih binka ubi dan lemper,  kuiz Komuniti 1 Malaysia dan cabutan bertuah.  Seperti biasa ada peserta yang pulang dengan senyum kerana dapat membawa pulang banyak hadiah dan ada juga yang pulang dengan tangan kosong kerana kurang bernasib baik.....cuba lagi tahun hadapan...jangan putus asa.

Info Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 pada kali ini amat bertuah kerana selain perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar,  kehadiran Pengarah Penerangan Selangor yang baru iaitu Encik Mohd Fathul Hatta bin Robiki dapat menyerikan lagi suasana dan kemeriahan kepada semua peserta dan ahli Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong.

Ini Bapak Kepala Desa / Pak Lurah Kampung Bt 23 Sungai Nibong
sedang menerima rawatan daripada Dokter
yang bertugas pada hari tersebut.....Pak....ingin meminta rawatan AWET muda ya..
nanti ibu gelandangan Pak.

Pengarah Penerangan Selangor
Encik Mohd Fathul Hatta Robiki
berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang
peserta Kuiz 1 Malaysia.

Pertandingan memancing
sempena Info Komuniti 1 Malaysia


Hakim pertandingan masakan
bersama Pn Latifah Salaman

Pertandingan Kolaj
kanak-kanak TADIKA

Sebahagian Jururawat yang bertugas
dalam  Info Komuniti 1 Malaysia
Kampung Batu 23 Sg. Nibong. Duduk di tengah
 Pn. Rosminaton dari KD Sg.Nibong.











                                                                           

Penyerahan Anak Angkat Homestay

Majlis Penyerahan Anak Angkat Homestay pada 13 April 2012



YB Dato' Hjh Noriah Kasnon makan malam
sempena penyerahan anak angkat Homestay
Bt 23 bersama Hj Zainal. Ketua Kampung Bt 23 Sg. Nibong