TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Tuesday, 26 August 2014

Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam 2014

Berita dan foto oleh Hj Mohd Mahful dan Dorahman Ratib


       Satu Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 25 Ogos 2014 di Pekarangan Pejabat Penerangan Daerah yang dirasmikan dengan sempurnanya oleh YB Budiman Bin Mohd Zohdi ADUN Kawasan Sungai Panjang Selangor.

       Antara acara kemuncak yang diadakan ialah perarakan jalur gemilang bermotosikal kebeberapa buah sekolah dan premis terpilih.  Sambutan Perarakan Jalur Gemilang tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang tempatan dan beberapa pemimpin Badan NGO, Pegawai Kerajaan dan Swasta.


Pengarah Penerangan Negeri Selangor sedang memberikan ucapan
YB Budiman Mohd Zohdi Menyampaikan Ucapan Perasmian


Dari Kiri: YB Budiman, Pengerusi Permuafakatan K1M Daerah Hj Mohd Mahful,
Pengarah Penerangan Selangor Puan Hjh Sarifah Mariam, Pegawai Perpaduan Integrasi Nasional En Helmi Rahim,
PRO Kolej Komuniti Tn. Hj Zaini Ali dan Wakil Pegawai Pendidikan Daerah En Mohd Fatulhanif.
Flagoff Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2014
       Pegarah Penerangan Negeri Selangor Darul Ehsan juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan sokongan dan sambutan sebagai tanda kecintaan kepada negara Malaysia sesuai dengan Tema Hari Kemerdekaan tahun 2014 " Malaysia....Di sinilah Lahirnya Sebuah Cinta ". Turut memeriahkan sambutan pada hari tersebut termasuklah perarakan 7 buah kenderaan Jabatan Penerangan Daerah Sabak Bernam, 10 kenderaan  Komuniti 1  Malaysia dan 28 motosikal.
Bangga......Menghayati  Semangat Kemerdekaan












No comments:

Post a Comment