Serba ringkas sambutan Program Penghayatan Komuniti 1 Malaysia peringkat Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor pada 13hb Mei 2017.
Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor / JKKKP
TAJUK
ASSALAMUALAIKUM WM.WB
Saturday, 13 May 2017
JKKKP KAMPUNG BATU 23 SUNGAI NIBONG SEKINCHAN SELANGOR
Berita dan foto oleh Hj Mohd Mahful bin Hj Bakar Rosmin
Serba ringkas sambutan Program Penghayatan Komuniti 1 Malaysia peringkat Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor pada 13hb Mei 2017.
Serba ringkas sambutan Program Penghayatan Komuniti 1 Malaysia peringkat Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor pada 13hb Mei 2017.
Program Penghayatan Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan pada 13hb Mei 2017
Berita dan foto oleh Hj Mohd Mahful bin Hj Bakar Rosmin
Sekitar Program Penghayatan Komuniti 1 Malaysia peringkat Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan Selangor yang diadakan pada 13hb Mei 2017 di Balai Raya Bt 23 Pantai Sungai Nibong Sekinchan Selangor,
Banyak program diatur dan disediakan kepada peserta yang terlibat dengan proram tersebut iaitu seperti pertandingan masakan dan gubahan, sukaneka, memancing dan pameran.

Thursday, 27 April 2017
Hari Penghakiman Anugerah Desa Perdana
Berita oleh Haji Mohd Mahful Bin Haji Rosmin
Pada tarikh 26 April 2017 hari Rabu JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong telah menyertai pertandingan Anugerah Desa Perdana anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah KKLW Malaysia.
Pada peringkat pertama ini adalah merupakan pertandingan di daerah Sabak Bernam sahaja yang disertai 3 buah kampung iaitu Kampung Batu 23 Sungai Nibong, Kampung Air Manis dan Kampung Parit Baru Pekan.
Penghakiman peringkat daerah bermula pada 26 hingga 27 April 2017. Kampung yang bertanding telah mengambil inisiatif dan persediaan yang secukupnya sebagai memenuhi kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Kampung yang berjaya memenangi pertandingan pada peringkat daerah ini akan menjadi wakil ke pertandingan peringkat negeri Selangor dan sekiranya bernasib baik akan terus menjadi wakil negeri Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan nanti. Semoga berjaya...

Tuesday, 26 August 2014
Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam 2014
Berita dan foto oleh Hj Mohd Mahful dan Dorahman Ratib
Satu Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 25 Ogos 2014 di Pekarangan Pejabat Penerangan Daerah yang dirasmikan dengan sempurnanya oleh YB Budiman Bin Mohd Zohdi ADUN Kawasan Sungai Panjang Selangor.
Antara acara kemuncak yang diadakan ialah perarakan jalur gemilang bermotosikal kebeberapa buah sekolah dan premis terpilih. Sambutan Perarakan Jalur Gemilang tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang tempatan dan beberapa pemimpin Badan NGO, Pegawai Kerajaan dan Swasta.
Pegarah Penerangan Negeri Selangor Darul Ehsan juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan sokongan dan sambutan sebagai tanda kecintaan kepada negara Malaysia sesuai dengan Tema Hari Kemerdekaan tahun 2014 " Malaysia....Di sinilah Lahirnya Sebuah Cinta ". Turut memeriahkan sambutan pada hari tersebut termasuklah perarakan 7 buah kenderaan Jabatan Penerangan Daerah Sabak Bernam, 10 kenderaan Komuniti 1 Malaysia dan 28 motosikal.
Satu Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 25 Ogos 2014 di Pekarangan Pejabat Penerangan Daerah yang dirasmikan dengan sempurnanya oleh YB Budiman Bin Mohd Zohdi ADUN Kawasan Sungai Panjang Selangor.
Antara acara kemuncak yang diadakan ialah perarakan jalur gemilang bermotosikal kebeberapa buah sekolah dan premis terpilih. Sambutan Perarakan Jalur Gemilang tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang tempatan dan beberapa pemimpin Badan NGO, Pegawai Kerajaan dan Swasta.
Pengarah Penerangan Negeri Selangor sedang memberikan ucapan |
YB Budiman Mohd Zohdi Menyampaikan Ucapan Perasmian |
Flagoff Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2014 |
Bangga......Menghayati Semangat Kemerdekaan |
Monday, 18 August 2014
Majlis Jamuan AidilFitri 1435H / 2014 Anjuran JKKKP Dan K1M Kampung Batu 23 Sungai Nibong.
Berita dan Foto oleh Hj Mahful dan Dorahman Ratib
Pada 16hb Ogos 2014 yang lepas kami pihak Jawatankuasa Kampung peringkat Komuniti Batu 23 Sungai Nibong telah mengadakan sambutan Aidilfitri secara santai bersama pemimpin tempatan serta masyarakat kampung yang berhampiran.
Antara yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut termasuklah pemimpin NGO tempatan, Yb Ahli Parlimen Sungai Besar, ADUN Sungai Panjang, Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam, Pemimpin masyarakat tempatan dan Ketua Kampung JKKKP Batu 23, Kampung Asam Jawa, Kampung Parit 12, Kampung Batu 23 Pantai dan Kampung Tanah Lesen Sungai Nibong.
Lebih 250 orang hadir dalam majlis tersebut yang diwarnai dengan berbagai acara seperti muzik gamelan, lagu nasyid hari raya dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung yang hadir pada malam tersebut walaupun masa yang diambil cuma lebih kurang 3 jam yang bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir tepat jam 12.00 malam.
Pada 16hb Ogos 2014 yang lepas kami pihak Jawatankuasa Kampung peringkat Komuniti Batu 23 Sungai Nibong telah mengadakan sambutan Aidilfitri secara santai bersama pemimpin tempatan serta masyarakat kampung yang berhampiran.
Santai sambil menikmati jamuan |
Kaum ibu yang turut hadir dalam majlis tersebut |
Antara AJK dan tetamu yang hadir |
Paluan muzik gamelan |
Dorahman Ratib bersama Mardi Sukir |
tayangan slaid aktiviti kampung sepanjang Januari - Ogos 2014 |
AJK Jamuan bergambar mesra bersama Encik Ahmad. Dari kiri Hj Mahbot, En Ahmad, Dorahman dan Hj Mohd Mahful |
Santai selepas melayani tetamu |
Pemeriksaan kesihatan kepada hadirin oleh pegawai kesihatan Klinik Kesihatan Sekinchan |
Sunday, 22 June 2014
PROGRAM PENGHAYATAN ( K1M ) PERINGKAT KOMUNITI KAMPUNG BATU 23 SUNGAI NIBONG JUN 2014
Berita dan foto oleh Hj.Mohd Mahful Hj Bakar@Rosmin
Pada setiap tahun dalam bulan Jun Komuniti 1 Malaysia peringkat Komuniti Kampung telah diarahkan untuk membuat satu aktiviti kepada masyarakat tempatan dalam bentuk sukan dan permainan selain aktiviti berbentuk hobi seperti memancing dan lain-lain.
Ironinya dalam setiap aktiviti yang diadakan semua pemimpin peringkat negeri, daerah, ahli-ahli YB Parlimen dan ADUN serta ketua-ketua kampung semua hadir untuk menjayakan aktiviti program tersebut. Rata-rata kehadiran dan penyertaan serta sambutan daripada penduduk tempatan sangat menggalakan, ini kerana sambil mereka datang untuk menyertai beberapa acara yang disediakan mereka juga dapat berkumpul beramai-ramai sambil bertanya khabar dan meluahkan cerita-cerita berkaitan kejayaan kampung penduduk tempatan.

Sambil mereka beraktiviti sukan, membuat gubahan, memasak, memancing dan kesenian mereka juga mendapat beberapa hadiah sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan titik peluh mereka, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Banyak hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur dan dapat dibawa pulang oleh mereka.
Sedang mencuba nasib, dari kiri Hj Mohd Mahful, Hj Amiruddin dan Abd Rahman Samsuddin ( bakal Pengerusi JKKKP baru ) Kampung Batu 23 Sungai Nibong |
Encik Dorahman Ratib mengiringi En. Muslimin Yahya menyampaikan hadiah kepada pemenang |
Pengarah Penerangan Negeri Selangor Encik Mohd Fatkhul Hatta Robiki |
![]() |
Dari kanan; Mohd Fatkhul Hatta, Dorahman Ratib dan Hj.Zainal entah apa yang dibincangkan tu......... |
Berjaya dapat ikan.............tapi kecil sangat |
Tuesday, 3 June 2014
PERTANDINGAN JUARA KAMPUNG 2014 ANJURAN ASTRO DAN ADABI
Berita dan Foto oleh Hj Mohd Mahful Hj Bakar @ Rosmin
Tiga orang Wirawati Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan telah berjaya sebagai pemenang dalam pertandingan masakan yang dianjurkan oleh ASTRO dan ADABI baru-baru ini. Mereka terdiri daripada Siti Nazrah bt Mohd Yunos, Nur Azierra bt Mar Hassan dan Siti Norfaridah bt Kodori.
Mereka akan bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka dan dijangka bertemu dengan johan dari zon Utara, Timur dan Sabah Sarawak. Syarat-syarat dalam pertandingan masakan ini telah ditetapkan di mana setiap peserta dikehendaki menyediakan satu jenis masakan tradisi, satu jenis masakan yang menggunakan produk ADABI dan satu jenis masakan pembuka selera.
Tempat pertandingan peringkat kebangsaan ini akan diadakan di Bukit Katil Melaka. Hadiah utama yang akan diberikan oleh pihak penganjur nanti adalah berupa wang tunai dan beberapa hadiah iringan. Ini adalah merupakan kali pertama pertandingan seperti ini diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak peserta.
Tiga orang Wirawati Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan telah berjaya sebagai pemenang dalam pertandingan masakan yang dianjurkan oleh ASTRO dan ADABI baru-baru ini. Mereka terdiri daripada Siti Nazrah bt Mohd Yunos, Nur Azierra bt Mar Hassan dan Siti Norfaridah bt Kodori.
Mereka akan bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka dan dijangka bertemu dengan johan dari zon Utara, Timur dan Sabah Sarawak. Syarat-syarat dalam pertandingan masakan ini telah ditetapkan di mana setiap peserta dikehendaki menyediakan satu jenis masakan tradisi, satu jenis masakan yang menggunakan produk ADABI dan satu jenis masakan pembuka selera.
Sesi Pengenalan Diri |
Para peserta mengambil tempat |
Dari kanan Siti Nazrah bt Mohd Yunos, Siti Norfaridah bt Kudori dan Nur Azierra bt Mar Hassan |
Peserta Kampung Kami HEBAT |
Subscribe to:
Posts (Atom)