TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Thursday, 12 January 2012

Hari Pelancaran Komuniti 1 Malaysia oleh PM Di Bukit Sentosa 6 Jan 2012




Bangga kerana Perdana Menteri singgah di khemah kami
K1M Batu 23 Sungai Nibong Sabak Bernam dan
berkesempatan untuk menggaul masakan sambal goreng
dalam satu demontrasi produk kami.



                                                                                                               




                                                                                                                                                     
       Program turun padang oleh Perdana Menteri dalam satu program kemasyarakatan melalui Komuniti 1 Malaysia pada 6 Januari 2012 yang diadakan di Bukit Sentosa telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia seluruh negara. Kehadiran pengunjung dianggarkan mencecah jumlah seramai lebih kurang 30 ribu orang terdiri daripada pelbagai kaum. Program ini diadakan selama 3 hari mulai 6 hingga 8 Januari 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia. Berbagai aktiviti diadakan dalam karnival tersebut seperti pameran, jualan, dan perkhidmatan yang disertai oleh berbagai agensi kerajaan, badan NGO dan pengusaha jualan dari seluruh negara. 
     Selain PM dapat bermesra dengan rakyat Malaysia beliau juga dapat menyampaikan beberapa amanat kepada rakyat yang hadir pada konvensyen tersebut dengan jelas mengenai dasar-dasar kerajaan di bawah kepemimpinan beliau. Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Penerangan Malaysia Dato' Seri Rais Yatim dan beberapa orang menteri pengiring.                                                                                          

Tuesday, 29 November 2011

Bersantai bersama ahli K1M Batu 23 Sungai Nibong

Pada 26 November 2011 ahli-ahli K1M batu 23 Sungai Nibong telah mengadakan acara Bersantai sambil menikmati jamuan makan-makan bersama pemimpin daerah.  Lebih kurang 70 orang hadir dalam perhimpunan tersebut yang berlangsung singkat sekitar 2 setengah jam.

Peserta yang hadir berasa seronok kerana dalam majlis tersebut ada cabutan bertuah yang boleh dibawa balik sebagai buah tangan. Sebanyak 40 hadiah telah disediakan oleh badan penganjur perhimpunan tersebut.




Makan-makan sambil bermesra sesama ahli K1M


Jamuan ringkas bersama pemimpin itu tamat pada jam 5.30 petang.



Menjamu selera dan bertegur sapa
 

Kursus Lanskap di Kalumpang Kuala Kubu Bharu

Pada 15 hingga 17 November 2011 seramai 5 orang ahli  K1M Batu 23 Sungai Nibong telah menjalani kursus bersama 27 orang dari daerah seluruh Selangor di sini untuk memntapkan lagi pengetahuan tentang asas lanskap dan pembiakan tanaman.  Selama 2 hari 3 malam itu kami telah diberi pendedahan tentang cara-cara bagaimana untuk membiak pokok.



Pemandangan bangunan asrama dari pintu utama
Kami telah diberi panduan oleh beberapa pegawai pertanian yang mahir dalam bidang-bidang tertentu.  Segala ilmu yang kami dapat akan kami gunakan apabila kami mula merancang untuk membuka kawasan lanskap di kampung kami.  Sambil kami mempelajari ilmu yang diberikan kepada kami,  kami juga sempat diberi peluang untuk merasa buah-buahan yang ada dalam kawasan ladang tersebut,  memang buah yang terdapat di situ cantik dan sedap untuk dimakan kerana tanaman di situ dijaga setiap masa tentang kualitinya keseluruhan pokok termasuk akar, batang, pokok, kulit pokok, ranting, bunga dan buahnya.  Terdapat jadual yang tersusun mengenai penjagaan pokok di situ bagi memudahkan kerja pegawai pertanian membuat pemantauan setiap hari.  terdapat berbagai jenis tumbuhan di sini yang semuanya dapat dijaga dengan rapi dan tersusun.


En Ibrahim menunjukkan cara membiak pokok melalui tut


Beberapa perkara yang menjadi benda baharu kepada kami adalah mengenai pengkelasan nama-nama tumbuhan mengikut nama botani atau sains. Walau bagaimanapun kami dapat menguasainya dengan mudah kerana ada bantuan seperti buku yang dipinjamkan kepada kami.









Thursday, 10 November 2011

Ibadah Korban Hari Raya Eid ul-Adha 6 Nov 2011 bersama penduduk kariah Masjid Assiraj

Bergotong royong beramai-ramai
menyembelih dan melapah lembu korban









Memotong dan menimbang daging korban






Daging Korban yang siap dibungkus
sedia untuk diagih-agihkan kepada penduduk