TAJUK

ASSALAMUALAIKUM WM.WB

Friday, 16 August 2013

Bersama Doa dan Harapan, cabaran menghadapi pertandingan Anugerah Desa Sejahtera peringkat Kebangsaan 2013

 
JKKKP Kampung Batu 23 Sungai Nibong melangkah
sekali lagi ke hadapan untuk menyahut cabaran
dalam Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera
Peringkat Kebangsaan Tahun 2013
 
 
Berita & Gambar oleh: Hj.Mohd Mahful b Hj.Bakar@ Rosmin
 
 
     Pada tahun 2013 ini Kampung kami telah dinobatkan sebagai pemenang atau johan kategori Anugerah Desa Sejahtera peringkat Negeri Selangor, rasa-rasa semua penduduk kampung Batu 23 ini menguntum senyum kegembiraan kerana telah berjaya mengungguli pertandingan yang disertai dan bertungkus lumus membuat persiapan sepanjang bulan Ramadhan. Walaupun begitu segala usaha kami telah menghasilkan kejayaan yang amat baik kerana telah berjaya menjadi johan.
 
    Usaha kami tidak berhenti setakat itu sahaja,  kami sekarang sedang membuat persiapan untuk ke pertandingan yang lebih besar dan mencabar iaitu Anugerah Desa Sejahtera peringkat Kebangsaan 2013 pula, kami sentiasa mencuba sedaya upaya yang termampu untuk berada di puncak kerana persaingan yang hebat dari negeri-negeri lain pastinya membuat kami lebih cemburu, begitulah cabaran serta harapan kami yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.



    Insya'Allah keputusan akan diketahui selewat-lewatnya pada akhir Ogos ini. Kami akan tetap sabar menunggu sehingga keputusan dikeluarkan secara rasmi oleh penganjur pertandingan. Kami berdoa agar kami akan mencapai kejayaan.

Gotong royong membina replika

 
  

Membersihkan kawasan

 

Semoga Berjaya...inilah barisan kita yang ikhlas berjuang



 
Bersama-sama mengecat lakaran di tembok untuk
Hari Kebangsaan ke 56











 

Wednesday, 24 July 2013

Menjadi Juara Secara Rasmi !!!

Berita dan gambar oleh Hj.Mohd Mahful b Hj Bakar@Rosmin
 
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor pada tahun ini telah mencalonkan Kampung Batu 23 Sungai Nibong Sekinchan untuk menerima tawaran bertanding dalam kategori Anugerah Desa Sejahtera yang disertai oleh wakil-wakil daerah di negeri Selangor. Daerah Sabak Bernam telah diwakili oleh Kampung Parit 7 Sungai Leman dan Kampung Batu 23 Sungai Nibong. Setelah keputusan diumumkan maka pemenang pertama adalah disandang oleh kampung Batu 23 Sungai Nibong, tempat kedua dimenangi oleh Kampung Batu 16 Kuang dari Daerah Gombak, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Parit 7 Sungai Leman.
 
Pemenang tempat pertama menerima hadiah wang RM 8,000.00, tempat kedua menerima hadiah wang RM 6,000.00 dan tempat ketiga menerima hadiah wang RM 4,000.00.  Semua hadiah disampaikan oleh Dato' Hajah Noriah bt Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, perladangan dan Komoditi Malaysia.
 
Wang sebanyak RM 8,000.00 juga milik kami.........
kami sedang memburu hadiah
terbesar sebanyak RM 1,000,000.00
di peringkat Kebangsaan nanti.
 
Inilah Barisan Kita yang ikhlas berjuang.....duduk dari kiri Hj Amir,
Hj Mahbot, Hj Zainal, Hj Mardi, En Zainurin, Pn Zaleha, Pn Latifah,
barisan tengah dari kiri En Daud,En Abd Rahman,En Ahmad Salehin,
HjYusof, En Adimunir, Hj Dahli, En Sanif, belakang dari kiri Hj Yahya,
En Zainuddin. Hj Baharuddin dan En Khairuddin, tiada dalam gambar Hj Kudori,
Juru foto Hj Mohd Mahful.
 
Ya JOHAN !!! itulah perkataan yang ditulis
di bahagian bawah piala milik kami
penduduk Kampung Batu 23 Sungai Nibong


 


Sunday, 21 July 2013

Majlis Ihya' Ramadhan Dan Penyampaian Hadiah Pemenang Anugerah Desa Sejahtera 2013

* MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH *
ANUGERAH DESA SEJAHTERA
NEGERI SELANGOR 2013
 
 
Tempat            : Masjid Assiraj Kampung Batu 23 Sungai Nibong.

Tarikh              : 20hb Julai 2013 / 11 Ramadhan 1434 H
Masa                : 5.30 petang
Berita & Foto               : Hj Mohd Mahful b Hj Bakar @ Rosmin
 
ATURCARA ;
1. Pendaftaran peserta
2. Tetamu jemputan mengambil tempat
3. Ketibaan dif-dif kehormat
4. Tazkirah Ramadhan
5. Ucapan Ketua Pengarah KEMAS Selangor
6. Ucapan perasmian oleh YB Dato' Hjh Noriah Bt Kasnon.
    Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Malaysia.
7. Penyampaian sumbangan kepada anak yatim, warga emas dan OKU.
8. Majlis tahlil
9. Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib
 
Persiapan memasak Bubur Lambuk
untuk juadah berbuka puasa
Sebahagian kaum ibu sedang menyiapkan
ramuan masakan bubur lambuk
Sedang memasak bubur lambuk
kacau  biar betul pak ..nanti hangit !!
Ayuh Pak Lurah...jangan gementar di kelilingi wanita...tuang
betul betul nanti tumpah ke tempat lain..
Pentas tempat penyampaian hadiah
kepada pemenang Anugerah Desa Sejahtera
JUARA !!! JOHAN !!! PEMENANG !!!
sa'at yang ditunggu-tunggu telah pun TIBA !!!
 
Kain rentang sebagai maklumat
kepada orang ramai

 

 

 
 SELAMAT BERJUANG
UNTUK MENGHADAPI PERTANDINGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN  TAHUN 2013
BERMULA 20 HINGGA 31 OGOS 2013

 

 

Monday, 8 July 2013

HARI PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 8 JULAI 2013

Rangkuman album hari Penghakiman Anugerah Desa Sejahtera pada Isnin 8 Julai 2013. Antara agenda yang dijalankan adalah ;

1. Ucapan alu-aluan
2. Tayangan slaid aktiviti JKKKP sepanjang tahun 2013
3. Soal jawab antara hakim dan ketua biro JKKKP
     3.1 Biro ekonomi dan Pembangunan
     3.2 Biro pendidikan dan belia
     3.3 Biro teknologi maklumat dan komunikasi
4. Lawatan ke tempat-tempat aktiviti JKKKP
5. Majlis penutup
Sesi soal jawab ahli jawatankuasa JKKKP
bersama panel hakim
Antara panel  hakim yang terlibat pada hari tersebut
kelihatan juga Encik Mohd Haris Matori 
Tn. Hj.Mardi Sukir bersama ketua Panel Hakim
En.Anuar Zain sedang menikmati sarapan pagi
kelihatan seimbas ialah Hj.Zainal Pengerusi JKKKP
Suasana ketika sedang menikmati sarapan
Pengerusi JKKKP menyambut ketibaan panel hakim

Sesi bergambar bersama barisan
 HAKIM Anugerah Desa Sejahtera
dan Ahli Jawatankuasa JKKKP
Kampung Batu 23 Sungai Nibong.







 
AJK jamuan sedang menjamu selera

 
Persembahan gamelan oleh kumpulan kesenian dan kebudayaan
ahli-ahli JKKKP kampung Batu 23 Sungai Nibong

 
Ketua Panel Hakim En.Anuar Zain sedang menerima cenderamata
 daripada Hj.Zainal Pengerusi JKKKP


 SETINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA  KASIH
KEPADA PANEL HAKIM ANUGERAH DESA SEJAHTERA 

Monday, 1 July 2013

BAKSIS UUM 2013

PROGRAM BAKTI SISWA UUM 29 JUN HINGGA 3 JULAI 2013 DI KAMPUNG BATU 23

Aktiviti
1. Sukan dan riadah
2. Forum
3. Kuliah agama
4. Khidmat sosial
5. Nasi ambeng
Pagi-pagi lagi dah memerah santan kelapa......

Borak dulu sementara menunggu makanan siap dimasak

Tu dia oooii...lunyau daging ayam dibuatnya

Nah......ambik bahagian potong sayur...jangan terpotong jari udah

Ini nak melawa atau bergaya sahaja...yang penting sampai masa
semua siap dimasak....kalau tak siap kamu kena masak...

Baik-baik kawasan ini banyak makhluk 'halus'...semut, cacing,
halipan, pacat, .........

Tuesday, 1 May 2012

Info Bestari Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23

Setiap tahun sebelum berakhirnya bulan Jun semua Komuniti 1 Malaysia Daerah Sabak Bernam Selangor dikehendaki mengadakan program tahunannya iaitu Program Info Komuniti 1 Malaysia yang dipenuhi dengan berbagai aktiviti menarik bermula sejak pagi hinggalah ke tengah hari.  Program yang disusun ini dapat menarik semua ahli Komuniti Batu 23 untuk menyertainya dengan penuh kerjasama dan berjalan dalam keadaan muhibah.

Dianggarkan lebih 200 peserta membanjiri dataran Kampung Batu 23 bagi menjayakan program tersebut termasuk semua golongan peringkat umur dan jantina. Berbagai acara disediakan oleh penganjur sejak awal pagi lagi seperti pertandingan memancing ikan sungai, acara kanak-kanak TADIKA,  murid sekolah rendah tahap satu dan dua,  sukan badminton, pertandingan masakan kuih binka ubi dan lemper,  kuiz Komuniti 1 Malaysia dan cabutan bertuah.  Seperti biasa ada peserta yang pulang dengan senyum kerana dapat membawa pulang banyak hadiah dan ada juga yang pulang dengan tangan kosong kerana kurang bernasib baik.....cuba lagi tahun hadapan...jangan putus asa.

Info Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 pada kali ini amat bertuah kerana selain perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar,  kehadiran Pengarah Penerangan Selangor yang baru iaitu Encik Mohd Fathul Hatta bin Robiki dapat menyerikan lagi suasana dan kemeriahan kepada semua peserta dan ahli Komuniti 1 Malaysia Kampung Batu 23 Sungai Nibong.

Ini Bapak Kepala Desa / Pak Lurah Kampung Bt 23 Sungai Nibong
sedang menerima rawatan daripada Dokter
yang bertugas pada hari tersebut.....Pak....ingin meminta rawatan AWET muda ya..
nanti ibu gelandangan Pak.

Pengarah Penerangan Selangor
Encik Mohd Fathul Hatta Robiki
berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang
peserta Kuiz 1 Malaysia.

Pertandingan memancing
sempena Info Komuniti 1 Malaysia


Hakim pertandingan masakan
bersama Pn Latifah Salaman

Pertandingan Kolaj
kanak-kanak TADIKA

Sebahagian Jururawat yang bertugas
dalam  Info Komuniti 1 Malaysia
Kampung Batu 23 Sg. Nibong. Duduk di tengah
 Pn. Rosminaton dari KD Sg.Nibong.











                                                                           

Penyerahan Anak Angkat Homestay

Majlis Penyerahan Anak Angkat Homestay pada 13 April 2012



YB Dato' Hjh Noriah Kasnon makan malam
sempena penyerahan anak angkat Homestay
Bt 23 bersama Hj Zainal. Ketua Kampung Bt 23 Sg. Nibong